Thursday, March 04, 2010

wadah dari penyelaras..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah izinNya juga dapatlah kita membuat blog pada tahun 2010 ini. Tujuan utama kita membuat blog ini adalah untuk masyarakat mengenali lebih dekat dan berkongsi maklumat tentang pendidikan khas khususnya di Program Pendidikan Khas Intergrasi SMK Bidor ini. Program Pendidikan Khas Intergrasi mula dibuka di sekolah ini pada tahun 2005 dan sehingga kini mempunyai 15 orang murid dari pelbagai kategori sindrom down, autisme, terencat akal dan slow learner. Dengan kekuatan tenaga pengajar seramai 5 orang dan dibantu oleh pembantu pengurusan murid yang dedikasi seramai 2 orang, kelas pendidikan khas sentiasa berusaha melakukan pembaharuan kearah suasana pembelajaran yang selesa dan kondusif.

Bilangan murid mengikut kaum iaitu 10 murid Melayu, 4 murid Cina dan seorang murid India ditempatkan di 3 buah kelas mengikut tahap keupayaan pembelajaran mereka.

Mengajar di kelas pendidikan khas bukanlah mudah seperti yang dilihat dengan mata kasar dan dari segi luaran semata-mata. Guru pendidikan khas perlu mempunyai tahap kesabaran dan ketahanan mental yang tinggi bagi menghadapi pelbagai karenah murid dan bukan semua orang memiliki tahap kesabaran seperti ini.

Setiap manusia mempunyai impian dan matlamat yang berbeza. Bersama insan istimewa ini adalah satu usaha bakti yang sangat murni dengan memberikan didikan dan berusaha menjadikan murid pendidikan khas dapat bersosial dalam masyarakat dan warga sekolah.

Kepada semua warga pendidikan khas jangan putus asa dan kecewa dengan tugas kita kerana bukan semua orang boleh duduk mengajar di kelas pendidikan khas dan gembira melibatkan diri dalam dunia yang unik ini.

~Buah Fikiran~
Shamsul Rizal Bin Khalil
Guru Penyelaras Pendidikan Khas
SMK Bidor, Bidor Perak.

No comments:

 
Copyright " KITA SERUPA !!! " 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .