Monday, March 08, 2010

gelagat spontan..

asalamualaikum..
Otak diperah demi untuk memenuhi catatan blog. Bingkisan hari ini ceritanya ringkas berkisar gelagat pelajar. Kita mulakan dengan pelajar bernama Muhammad Salihuddin Bin Zubir berumur 18tahun, kategori terencat akal (pelajar tahun akhir). Seorang yang peramah, suka menyanyi tetapi mudah tersentuh. Gelagat spontan yang sering dia buat ialah menyahut perkataan terakhir yang diucapkan oleh guru dengan nyanyian. Contohnya perkataan terakhir yang disebut oleh guru ialah rajin maka dia akan menyahut dengan 'Rajin adik rajin..rajinlah belajar.....' atau apa sahaja lagu yang ada kaitan dengan perkataan terakhir itu yang terlintas difikirannya. Kalau di kenang-kenang memang kelakar.
Ron Soo Hwai Jer berumur 15tahun, kategori autisme. Gemar melukis dan berimaginasi. Dia suka melakonkan karektor orang disekelilingnya dalam bahasa mudah 'trademark'. Dia juga suka melukis kartun. Kebanyakkan lukisannya mempunyai identiti kerana hasil lukisannya dibuat dengan sepenuh jiwa. Andai dikumpul mungkin boleh di buat pameran hasil lukisan daripada para pelajar autisme yang mempunyai minat sama seperti Ron. Ini adalah kelebihan disebalik kekurangan yang dianugerahkan Tuhan.
Moralnya insan istimewa seperti mereka juga berada di dalam kelas yang tersendiri tanpa prejudis.

~ Buah Fikiran ~
   engku.noo'f

No comments:

 
Copyright " KITA SERUPA !!! " 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .