RSS

Wednesday, January 18, 2012

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah

Pelajar Pendidikan Khas turut mengambil bahagian dalam acara merentas desa. Pelajar mengambil
gambar kenangan bersama Encik Shamsul dan Encik Asmirul sebelum acara bermula.

Kami BOLEH !!!

Persaingan sengit antara Aidil dan Fadil bagi merebut tempat pertama
bagi kategori pelajar Pendidikan Khas. Tempat pertama dimenangi oleh Aidil.

Tempat Ke-3 dimilik oleh Ridzuan.

Ting Chun Fatt berusaha menghabiskan larian.

TAHNIAH!!!
Tempat Pertama - Fadil, Tempat Kedua - Aidil, Tempat Ketiga - Ridzuan, Tempat Keempat - Ah Fatt, Tempat Kelima - Wafi & Tempat Keenam - Ah Sang

Reaksi spontan setelah penat menghabiskan larian

Dari kiri : Ridzuan, Danial, Fadil, Ron, Aidil, Syahir, Wafi, Ah Sang dan Ah Fatt

Selamat Datang WAFI













Pelajar Baru Pendidikan Khas SMK Bidor
Nama : Muhammad Wafi Bin Mohamed Razalli
Umur  : 15 Tahun
Kelas  : Mulia

Monday, January 16, 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2012!!

SELAMAT DATANG 2012 mulakan kehidupan dan azam yang baru. Selamat tinggal 2011. Terasa begitu pantas waktu berjalan. 365hari sudah kita lalui sepanjang tahun 2011. Waktu terus berlalu, lembaran demi lembaran telah dilalui. Coretan demi coretan telah memenuhi, kadang tak bererti, kadang tanpa makna, atau hanya sedikit makna. Pelbagai kenangan pahit manis, peristiwa yang mencatat sejarah tersendiri dalam kehidupan dan paling penting setiap detik yang berlalu takkan kembali lagi. Semua kenangan pasti terpahat kemas dalam kotak memori kita yang akan membuatkan kita tersenyum sendiri.
Kini JANUARI kembali lagi menemani kita untuk mencipta kenangan baru. Sudah 16 hari kita lalui, pastinya azam baru menjadi sasaran kita. Semoga apa yang diazamkan tercapai dengan jayanya. Semoga tahun 2012 menjadi tahun yang terbaik buat kita semua mencipta kegemilangan.
Dedikasi khas ditujukan buat 2 orang tenaga pengajar Pendidikan Khas SMK Bidor yang menamatkan zaman bujang dengan pasangan masing-masing iaitu Encik Asmirul Bin Mohamad yang telah melansungkan majlis perkahwinannya pada 7 Disember 2011 dan Puan Noor Farhana Makhfuzah Binti Muhammed Samsun pada 26 November 2011. Tahniah diucapkan kepada mereka berdua. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.

Thursday, August 18, 2011

Kejohanan Sukan








Monday, July 25, 2011

Sangat Meriah!!

Kejohanan Sukan SMK Bidor kali ke-6 berlansung dengan suasana yang sangat meriah. Tahniah diucapkan kepada lapan pelajar Pendidikan Khas yang berjaya menamatkan acara larian 100m dengan penuh bersemangat. Mereka diberikan medal sebagai penghargaan.
Acara paling dinantikan oleh semua warga SMK Bidor pastilah acara untuk pegawai sukan yang julung-julung kalinya diadakan iaitu acara larian 4x100m yang menyaksikan pembabitan semua guru dan PPM dari Pendidikan Khas iaitu Encik Sazali, Encik Asmirul, Puan Azilawati, Cik Farhana dan Cik Fadillah (PPM) kecuali Encik Shamsul yang bertugas sebagai pengulas sukan pada hari tersebut. Syabas dan tahniah!!

Wednesday, July 20, 2011

Kejohanan Sukan Tahunan SMK Bidor Kali Ke-6

Kejohanan Sukan Tahunan SMK Bidor Kali Ke-6 akan diadakan pada :

Tarikh  :  21 Julai 2011
Hari     :  Khamis
Masa   :  2.00 petang

Murid Pendidikan Khas akan terlibat untuk acara larian 100m.

Thursday, March 03, 2011

Salam Perpisahan

KALAU ADA SUMUR DILADANG,
BOLEH KITA MENUMPANG MANDI,
KALAU ADA UMUR YANG PANJANG,
BOLEH KITA BERJUMPA LAGI.

Wednesday, January 12, 2011

Latihan Merentas Desa 1 (12 Jan 2011)

4 orang murid mewakili Kelas Pendidikan Khas


Laluan Latihan Merentas Desa SMK Bidor


Pelajar membantu menolak motorsikal guru bertugas yang mengalami sedikit kerosakan

Monday, January 03, 2011

Selamat Kembali Ke Sekolah!!

Selamat kembali ke sekolah setelah semua guru dan pelajar menghabiskan cuti akhir tahun 2010 yang bermula pada 19 November 2010-1 Januari 2011. Semoga seisi pembelajaran 2011 dimulakan dengan penuh bersemangat. Selamat datang ke kelas Pendidikan Khas SMK Bidor diucapkan kepada 2 pelajar baru iaitu Chai Poh Yean (14 tahun) dan Norhasnida Binti Mohammad Fadzil (14 tahun). Puan Hjh. Zaharah Binti Hussein, Pengetua SMK Bidor telah melawat ke kelas Pendidikan Khas untuk meninjau perjalanan proses pembelajaran pada hari pertama persekolahan. Beliau turut berkenalan dengan 2 orang murid baru dan bertanyakan perkembangan diri mereka.




Selamat Tahun Baru 2011

Wednesday, November 10, 2010

SUKANEKA PENDIDIKAN KHAS 2010







Monday, November 01, 2010

kenangan aktiviti bulan oktober 2010

Muzium Negara

Pusat Sains Negara

Hari Pendidikan Khas Daerah Batang Padang

Peserta Persembahan Hari Pendidikan Khas

Friday, October 08, 2010

Program Bulan Oktober 2010

Bulan yang agak padat dengan aktiviti menarik untuk para pelajar.

Program            :  Kem Bestari Solat
Tarikh               :  6-7 Oktober 2010
Tempat             :  MRSM Trolak
Peserta             :  Azizul, Salihuddin, Aidil, Fazali & Ridzuan
Guru Pengiring  :  En. Shamsul, En. Sazali, Cik Farhana & En. Asmirul

Program            :  Lawatan ke Kuala Lumpur
Tarikh               :  21 Oktober 2010
Tempat             :  Pusat Sains Negara, Muzium Negara & Planetirium Negara
Peserta             :  Ah Fatt, Salihuddin, Aidil, Azizul, Fazali, Ridzuan, Fadil, Farhana, Ah Sang & Ron
Guru Pengiring  :  En. Shamsul, En. Sazali, Cik Farhana & En. Asmirul

Program            :  Hari Pendidikan Khas Peringkat Daerah Batang Padang
Tarikh               :  27 Oktober 2010
Tempat             :  Dewan Merdeka Tapah
Peserta             :  Ah Fatt, Salihuddin, Aidil, Azizul, Ridzuan, Fadil, Farhana, Ah Sang & Ron
Guru Pengiring  :  En. Shamsul, En. Sazali, Cik Farhana & En. Asmirul
PPM                :  Cik Noor Fadillah Binti Baharuddin

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA!

Barisan Guru Yang Berdedikasi
PN. HJH. FODZIAH BT MOHAMAD, EN. SAZALI B. AB HAMID,
EN. SHAMSUL RIZAL B. KHALIL (Penyelaras), EN. ASMIRUL B. MOHAMAD,
&
CIK NOORFARHANA MAKHFUZAH BT. MUHAMMAD SAMSON



"KAMI KOMITED! 3M SASARAN KAMI"
EN. SAZALI (Sains&Perkebunan)
CIK FARHANA (Pend. Islam, Pjk, Bhs. Inggeris&Muzik)
PN. FODZIAH (Bhs. Melayu&Jahitan)
EN. ASMIRUL (Matematik&Masakan)
EN. SHAMSUL (Moral, Seni, Pjk&Muzik)

salam sesuci lebaran

Wednesday, August 11, 2010

salam cahaya ramadhan!

DARIPADA KAMI WARGA PENDIDIKAN KHAS SMK BIDOR
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA
DAN
TINGKATKAN AMAL IBADAT!

Tuesday, July 27, 2010

Gigi Kami Sihat

24 Jun 2010, Klinik Pergigian Bidor telah menjalankan satu seisi taklimat penjagaan gigi kepada pelajar pendidikan khas. Semua pelajar begitu bersemangat mendengar dan mempelajari teknik menggosok gigi dengan betul. Terima kasih diucapkan kepada jururawat yang begitu sbar melayani karenah para pelajar.

Tuesday, May 25, 2010

CEGAH H1N1

Sila dapatkan rawatan doktor dengan segera sekiranya anda mengalami salah satu dari gejala berikut :
  1.  Demam
  2.  Batuk
  3.  Sakit tekak
  4.  Sukar bernafas
  5.  Sakit badan
  6.  Sakit kepala

Virus ini mudah berjangkit apabila pesakit batuk dan bersin.

Tuesday, May 18, 2010

Ahad, 16 Mei 2010

Puisi : Guru Oh Guru

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

'SELAMAT HARI GURU : GURU PEMBINA NEGARA BANGSA!'

Sabtu, 15 MEI 2010

Selamat Hari Belia Negara 'Belia Kreatif Pemacu Pembangunan Negara'
 
Copyright " KITA SERUPA !!! " 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .