Monday, July 25, 2011

Sangat Meriah!!

Kejohanan Sukan SMK Bidor kali ke-6 berlansung dengan suasana yang sangat meriah. Tahniah diucapkan kepada lapan pelajar Pendidikan Khas yang berjaya menamatkan acara larian 100m dengan penuh bersemangat. Mereka diberikan medal sebagai penghargaan.
Acara paling dinantikan oleh semua warga SMK Bidor pastilah acara untuk pegawai sukan yang julung-julung kalinya diadakan iaitu acara larian 4x100m yang menyaksikan pembabitan semua guru dan PPM dari Pendidikan Khas iaitu Encik Sazali, Encik Asmirul, Puan Azilawati, Cik Farhana dan Cik Fadillah (PPM) kecuali Encik Shamsul yang bertugas sebagai pengulas sukan pada hari tersebut. Syabas dan tahniah!!

No comments:

 
Copyright " KITA SERUPA !!! " 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .