Thursday, August 18, 2011

Kejohanan Sukan








Monday, July 25, 2011

Sangat Meriah!!

Kejohanan Sukan SMK Bidor kali ke-6 berlansung dengan suasana yang sangat meriah. Tahniah diucapkan kepada lapan pelajar Pendidikan Khas yang berjaya menamatkan acara larian 100m dengan penuh bersemangat. Mereka diberikan medal sebagai penghargaan.
Acara paling dinantikan oleh semua warga SMK Bidor pastilah acara untuk pegawai sukan yang julung-julung kalinya diadakan iaitu acara larian 4x100m yang menyaksikan pembabitan semua guru dan PPM dari Pendidikan Khas iaitu Encik Sazali, Encik Asmirul, Puan Azilawati, Cik Farhana dan Cik Fadillah (PPM) kecuali Encik Shamsul yang bertugas sebagai pengulas sukan pada hari tersebut. Syabas dan tahniah!!

Wednesday, July 20, 2011

Kejohanan Sukan Tahunan SMK Bidor Kali Ke-6

Kejohanan Sukan Tahunan SMK Bidor Kali Ke-6 akan diadakan pada :

Tarikh  :  21 Julai 2011
Hari     :  Khamis
Masa   :  2.00 petang

Murid Pendidikan Khas akan terlibat untuk acara larian 100m.

Thursday, March 03, 2011

Salam Perpisahan

KALAU ADA SUMUR DILADANG,
BOLEH KITA MENUMPANG MANDI,
KALAU ADA UMUR YANG PANJANG,
BOLEH KITA BERJUMPA LAGI.

Wednesday, January 12, 2011

Latihan Merentas Desa 1 (12 Jan 2011)

4 orang murid mewakili Kelas Pendidikan Khas


Laluan Latihan Merentas Desa SMK Bidor


Pelajar membantu menolak motorsikal guru bertugas yang mengalami sedikit kerosakan

Monday, January 03, 2011

Selamat Kembali Ke Sekolah!!

Selamat kembali ke sekolah setelah semua guru dan pelajar menghabiskan cuti akhir tahun 2010 yang bermula pada 19 November 2010-1 Januari 2011. Semoga seisi pembelajaran 2011 dimulakan dengan penuh bersemangat. Selamat datang ke kelas Pendidikan Khas SMK Bidor diucapkan kepada 2 pelajar baru iaitu Chai Poh Yean (14 tahun) dan Norhasnida Binti Mohammad Fadzil (14 tahun). Puan Hjh. Zaharah Binti Hussein, Pengetua SMK Bidor telah melawat ke kelas Pendidikan Khas untuk meninjau perjalanan proses pembelajaran pada hari pertama persekolahan. Beliau turut berkenalan dengan 2 orang murid baru dan bertanyakan perkembangan diri mereka.




Selamat Tahun Baru 2011

 
Copyright " KITA SERUPA !!! " 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .