Monday, March 29, 2010

Selamat Tinggal Mac

Assalamualaikum..
Lagi 2 hari atau 48jam bulan Mac akan meninggalkan kita. Ini bermakna tahun 2010 sudah menjangkau usia suku tahun. Terasa begitu cepat masa berlalu. Para pelajar tetap bersemangat untuk meneruskan sesi persekolahan. Ujian topikal sudah mereka tempuhi. Semoga terdapat perkembangan yang baik dari sudut pelajaran mereka mengikut kemampuan dan kebolehan masing-masing.

Sabtu, 27 Mac 2010 telah dijalankan Mesyuarat PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Bidor. Segalanya berjalan dengan lancar. Tahniah buat Puan Rosmani Binti Ilias, ibu kepada pelajar yang bernama Salihuddin kerana telah terpilih untuk menjadi AJK PIBG 2010. Sekurang-kurangnya ada pihak yang menjadi wakil untuk menyuarakan usul terhadap kebajikan para pelajar pendidikan khas. Suara anak-anak Istimewa.

~ Buah Fikiran ~
    engku.noo'f

Monday, March 08, 2010

gelagat spontan..

asalamualaikum..
Otak diperah demi untuk memenuhi catatan blog. Bingkisan hari ini ceritanya ringkas berkisar gelagat pelajar. Kita mulakan dengan pelajar bernama Muhammad Salihuddin Bin Zubir berumur 18tahun, kategori terencat akal (pelajar tahun akhir). Seorang yang peramah, suka menyanyi tetapi mudah tersentuh. Gelagat spontan yang sering dia buat ialah menyahut perkataan terakhir yang diucapkan oleh guru dengan nyanyian. Contohnya perkataan terakhir yang disebut oleh guru ialah rajin maka dia akan menyahut dengan 'Rajin adik rajin..rajinlah belajar.....' atau apa sahaja lagu yang ada kaitan dengan perkataan terakhir itu yang terlintas difikirannya. Kalau di kenang-kenang memang kelakar.
Ron Soo Hwai Jer berumur 15tahun, kategori autisme. Gemar melukis dan berimaginasi. Dia suka melakonkan karektor orang disekelilingnya dalam bahasa mudah 'trademark'. Dia juga suka melukis kartun. Kebanyakkan lukisannya mempunyai identiti kerana hasil lukisannya dibuat dengan sepenuh jiwa. Andai dikumpul mungkin boleh di buat pameran hasil lukisan daripada para pelajar autisme yang mempunyai minat sama seperti Ron. Ini adalah kelebihan disebalik kekurangan yang dianugerahkan Tuhan.
Moralnya insan istimewa seperti mereka juga berada di dalam kelas yang tersendiri tanpa prejudis.

~ Buah Fikiran ~
   engku.noo'f

Friday, March 05, 2010

aktiviti P&P Pendidikan Khas

Thursday, March 04, 2010

wadah dari penyelaras..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah izinNya juga dapatlah kita membuat blog pada tahun 2010 ini. Tujuan utama kita membuat blog ini adalah untuk masyarakat mengenali lebih dekat dan berkongsi maklumat tentang pendidikan khas khususnya di Program Pendidikan Khas Intergrasi SMK Bidor ini. Program Pendidikan Khas Intergrasi mula dibuka di sekolah ini pada tahun 2005 dan sehingga kini mempunyai 15 orang murid dari pelbagai kategori sindrom down, autisme, terencat akal dan slow learner. Dengan kekuatan tenaga pengajar seramai 5 orang dan dibantu oleh pembantu pengurusan murid yang dedikasi seramai 2 orang, kelas pendidikan khas sentiasa berusaha melakukan pembaharuan kearah suasana pembelajaran yang selesa dan kondusif.

Bilangan murid mengikut kaum iaitu 10 murid Melayu, 4 murid Cina dan seorang murid India ditempatkan di 3 buah kelas mengikut tahap keupayaan pembelajaran mereka.

Mengajar di kelas pendidikan khas bukanlah mudah seperti yang dilihat dengan mata kasar dan dari segi luaran semata-mata. Guru pendidikan khas perlu mempunyai tahap kesabaran dan ketahanan mental yang tinggi bagi menghadapi pelbagai karenah murid dan bukan semua orang memiliki tahap kesabaran seperti ini.

Setiap manusia mempunyai impian dan matlamat yang berbeza. Bersama insan istimewa ini adalah satu usaha bakti yang sangat murni dengan memberikan didikan dan berusaha menjadikan murid pendidikan khas dapat bersosial dalam masyarakat dan warga sekolah.

Kepada semua warga pendidikan khas jangan putus asa dan kecewa dengan tugas kita kerana bukan semua orang boleh duduk mengajar di kelas pendidikan khas dan gembira melibatkan diri dalam dunia yang unik ini.

~Buah Fikiran~
Shamsul Rizal Bin Khalil
Guru Penyelaras Pendidikan Khas
SMK Bidor, Bidor Perak.

Wednesday, March 03, 2010

jauh disudut hati..

assalamualaikum..
02 mac 2010 kurang lebih jam 8.35pagi, tekun mengadap laptop COMPAQ PRESARIO C700 sambil menggunakan jalur tanpa wayar yang dipinjam daripada phujah untuk membangunkan blog pendidikan khas SMK Bidor..sengal jua bahu neh..andai ada amletz yoko yoko mesti best..satu tak cukup, mungkin dua baru lega..jari jemari yang tiada sebentuk cincin pun terus menari-nari diatas papan kekunci sambil kepala memerah buah fikiran untuk dilontarkan keatas kanvas maya yang tidak boleh dipegang secara zahir..

harini 03 mac 2010 masa yang sama aku masih meneruskan kerja membangunkan blog sambil dibantu secara maya oleh sahabat aku ogy.aziz untuk menyelesaikan masalah kecil teknikal yang berlaku..berkenaan URL..memandangkan dia lebih arif mengapa harus aku menjadi katak dalam microvawe..semoga masalah dapat diselesaikan secara berhemat..

buat kalian yang sudi mengunjungi blog yang serba ringkas ini..terima kasih..teruskan menjadi pembaca setia..

~ Buah Fikiran ~
   engku.noo'f

Tuesday, March 02, 2010

"Kisah.Kita"



 
Copyright " KITA SERUPA !!! " 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .