Wednesday, January 18, 2012

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah

Pelajar Pendidikan Khas turut mengambil bahagian dalam acara merentas desa. Pelajar mengambil
gambar kenangan bersama Encik Shamsul dan Encik Asmirul sebelum acara bermula.

Kami BOLEH !!!

Persaingan sengit antara Aidil dan Fadil bagi merebut tempat pertama
bagi kategori pelajar Pendidikan Khas. Tempat pertama dimenangi oleh Aidil.

Tempat Ke-3 dimilik oleh Ridzuan.

Ting Chun Fatt berusaha menghabiskan larian.

TAHNIAH!!!
Tempat Pertama - Fadil, Tempat Kedua - Aidil, Tempat Ketiga - Ridzuan, Tempat Keempat - Ah Fatt, Tempat Kelima - Wafi & Tempat Keenam - Ah Sang

Reaksi spontan setelah penat menghabiskan larian

Dari kiri : Ridzuan, Danial, Fadil, Ron, Aidil, Syahir, Wafi, Ah Sang dan Ah Fatt

Selamat Datang WAFI













Pelajar Baru Pendidikan Khas SMK Bidor
Nama : Muhammad Wafi Bin Mohamed Razalli
Umur  : 15 Tahun
Kelas  : Mulia

Monday, January 16, 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2012!!

SELAMAT DATANG 2012 mulakan kehidupan dan azam yang baru. Selamat tinggal 2011. Terasa begitu pantas waktu berjalan. 365hari sudah kita lalui sepanjang tahun 2011. Waktu terus berlalu, lembaran demi lembaran telah dilalui. Coretan demi coretan telah memenuhi, kadang tak bererti, kadang tanpa makna, atau hanya sedikit makna. Pelbagai kenangan pahit manis, peristiwa yang mencatat sejarah tersendiri dalam kehidupan dan paling penting setiap detik yang berlalu takkan kembali lagi. Semua kenangan pasti terpahat kemas dalam kotak memori kita yang akan membuatkan kita tersenyum sendiri.
Kini JANUARI kembali lagi menemani kita untuk mencipta kenangan baru. Sudah 16 hari kita lalui, pastinya azam baru menjadi sasaran kita. Semoga apa yang diazamkan tercapai dengan jayanya. Semoga tahun 2012 menjadi tahun yang terbaik buat kita semua mencipta kegemilangan.
Dedikasi khas ditujukan buat 2 orang tenaga pengajar Pendidikan Khas SMK Bidor yang menamatkan zaman bujang dengan pasangan masing-masing iaitu Encik Asmirul Bin Mohamad yang telah melansungkan majlis perkahwinannya pada 7 Disember 2011 dan Puan Noor Farhana Makhfuzah Binti Muhammed Samsun pada 26 November 2011. Tahniah diucapkan kepada mereka berdua. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.
 
Copyright " KITA SERUPA !!! " 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .