Sila dapatkan rawatan doktor dengan segera sekiranya anda mengalami salah satu dari gejala berikut :
1. Demam
2. Batuk
3. Sakit tekak
4. Sukar bernafas
5. Sakit badan
6. Sakit kepala
Virus ini mudah berjangkit apabila pesakit batuk dan bersin.
Tuesday, May 25, 2010
Tuesday, May 18, 2010
Ahad, 16 Mei 2010
Puisi : Guru Oh Guru
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
'SELAMAT HARI GURU : GURU PEMBINA NEGARA BANGSA!'

Monday, May 10, 2010
Ahad, 09 Mei 2010..
Selamat Hari Ibu!! Buat Puan Hajjah Fodziah Binti Mohamad dan bakal ibu Puan Aini Muzaini Binti Rajiae..
Subscribe to:
Posts (Atom)