30 April 2010 telah menjengah. Maka genaplah 120 hari bagi tahun 2010 telah kita lalui dengan pelbagai kisah dan cerita samada didalam kerjaya mahupun kehidupan peribadi. Pendidikan Khas SMK Bidor jua begitu. Menempuhi pelbagai memori indah suka duka bersama guru dan para pelajar yang dikasihi. Kisah yang baik akan dijadikan teladan manakala yang buruk dijadikan sempadan. Setiap apa yang terjadi akan dijadikan iktibar untuk memperbaiki dan mencapai hasil yang lebih baik pada masa akan datang. Semoga kedatangan Mei akan mencoretkan lebih banyak kenangan manis. Hari-hari yang akan dilalui pada Mei membuatkan setiap insan tersenyum. Ini kerana MEI penuh dengan hari-hari yang istimewa buat setiap insan.
01 Mei 2010 - SELAMAT HARI PEKERJA
09 Mei 2010 - SELAMAT HARI IBU
15 Mei 2010 - SELAMAT HARI BELIA
16 Mei 2010 - SELAMAT HARI GURU
28 Mei 2010 - SELAMAT HARI WESAK
Friday, April 30, 2010
Dikala Usia 26 Tahun..
28 April 2010 - Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran ke-26 tahun buat Cik Noor Farhana Makhfuzah Binti Muhammed Samsun. Semoga dikala diri semakin dimamah usia anda akan beroleh apa yang anda impikan dalam kehidupan. Dititipkan doa semoga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki. Aminn!!
Tuesday, April 13, 2010
Terima Kasih..
-8 April 2010, Khamis-
Kami warga Pendidikan Khas SMK Bidor amat berbesar hati kerana telah menerima kunjungan dari Ketua Sektor Pendidikan Swasta Dan Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Negeri Perak, Tuan Haji Zawi Bin Yahaya yang diiringi oleh Pegawai Khas Pendidikan Khas Pejabat Pelajaran Daerah Batang Padang, Encik Amran Bin Marhamdan dan beberapa pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri Perak.Tenang-tenang air dilaut,
Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi baik rasa nak junjung.
Monday, April 05, 2010
Aktiviti Pusat Sumber SMK Bidor (Bulan Febuari dan Mac 2010)
Pertandingan Soduku (Febuari)
Pertama - Ting Chun Fatt
Kedua - Ron Soo Hwai Jer
Pertandingan Teka Silangkata (Mac)
Pertama - Azizul B. Alias
Kedua - Muhammad Salihuddin B. Zubir
Ketiga - Ron Soo Hwai Jer
Subscribe to:
Posts (Atom)